Tuesday, 24 June 2014

Ujian kehamilan selepas IUI

Assalamualaikum...
Semalam dan harini adalah hari yg meletihkan...buat persiapan untuk hari sukan, latihan sukan dan kejohanan sukan...tak de alasan nak mengelak dari buat kerja...huhu.. tapi aku cuba elakkan aktiviti berat atau lasak seboleh mungkin, terutama aktiviti lari 100m, lari 400m dan sebagainya..gile aku nak buat, tengah tunggu keputusan upt ni...risiko tu.. Semuanya kena tapis dulu. 2 hari ni, mcam keputihan n kegatalan kat miss 'v' macam melampau-lampau plak..uisshhh, x tau nak buat ape lagi. last2 pagi ni aku telan juga alfalfa shaklee, ada kurang sikit la..

Oh ye, hari ni adalah CD30 aku.. semalam aku wat urine test, but still -ve.. Owhhh, sedey. Memandangkan last period aku 26th may hari tu, so aku cuba untuk tunggu sehingga hari jumaat ni..iaitu CD33. Rabu, khamis, jumaat..lagi 3 hari.. harap2 tak period la..tapi tak nak terlalu berharap, cuba buat perkara-perkara yg membuatkan aku lupa untuk menghitung hari...hehee..

Beberapa hari lepas, aku rasa breast sakit, pinggang lenguh sesangat, kadang2 rasa berdenyut dalam perut.. sembelit 2, 3 hari ni...payah betul nak buang air besar, tapi tak kerap juga buang air kecil..kecuali kalau minum banyak air la.. tekak pulak asyik kering.. perut kembung macam masuk angin keluar asap je...ngeh~3.. kepala pening2, kebas kaki kadang2...hurmmm.. apakah yg berlaku sebenarnya???

Makan minggu kedua ni, kurang terjaga sikit..tapi aku cuba banyakkan minum air putih.. Makan malam aku cuba elakkan, kecuali kalau lapar sangat2.. biasanya aku makan buah je atau minum supreme diet. Ubat duphaston yg doktor bagi tu dah habis, sebab dah cukup 2 minggu kan..jadi takde apa la aku nak telan dah. Susu kambing aku minum hari2, madu je aku dah stop.

Dalam 3 hari ni macam2 boleh jadi, apa pun keputusan UPT aku lepas 26 jun ni aku cuba terima. Andai kata aku gagal untuk kali ni, aku nekad nak try IVF plak.. Harap aku kuat untuk bertahan dengan apa juga yg Allah dah tetapkan untuk aku. Sabar3..Puasa pun dah tak lama lagi, moga Ramadhan akan datang ni membawa khabar gembira untuk kami...amin Ya Allah..

No comments:

Post a Comment