Sunday 25 March 2018

Rezeki tak pernah salah alamat...

Assalamualaikum...

Allahuakbar.. lama sungguh tak hapdet story ttc kat sini..
Sesungguhnya Allah datangkan rezeki anak itu bersama-sama dengan ujian. Anugerah itu Allah nak kita jaga elok-elok, tu pasal Allah nak bagi kita betul-betul bersedia.. Allah tahu bila masa yang sesuai untuk kita. Penantian hingga 8 tahun bukan lama dan bukan juga sekejap.. rezeki saya dapat anak waktu umur dah 30-an. Bila ada anak waktu umo macam ni mungkin buat kita lebih matang dan lebih memahami situasi orang lain yang punya anak, betapa sibuknya dunia mereka apatahlagi kalau anak sakit dan sebagainya.. haru..huhuhuu

After giving birth Sofea, saya tak ambik apa-apa perancang pun.. masa doc tanya alasan saya kenapa tak nak ambik perancang.. saya cuma bagitau yg saya ni susah nak pregnant.. klu saya ambik perancang saya tak tau berapa tahun lagi saya perlu tunggu for the next baby.. tapi doc dah ingatkan after 2 years baru saya boleh mengandung balik coz saya lahirkan Sofea secara c-zer. Why c-zer.. coz it was precious pregnancy.. sama kes macam dato siti la.. doc akan suggest c-zer bagi yg lama ttc ni untuk kurangkan risiko semasa bersalin, so kita ikutlah saranan doc. Alhamdulillah semuanya selamat, luka opret pun cepat baik cuma kena jaga betul-betullah..

Masa Sofea 6 bulan, dia dh stop susu badan. Tak tau kenapa dia tolak and mengamuk bila nak breastfeed, masa tu pun susu badan dah drop sikit.. Rupanya masa tu Allah hadirkan janin baru untuk temankan Sofea.. I'm shocked.. cepatnya.. memang tak sangka. Masa preggy 2 bulan, dapat pulak berita yang kami dapat pindah ke Terengganu. Allahuakbar, double bonus. Cumanya, time tu dengan awal2 preggy then nak kena kemaskan barang untuk pindah dengan Sofea lagi yang masih merangkak2 agak mencabar jugaklah apatahlagi time tu bulan puasa.. fuhhhh mengucap mak nakkkk..

Alhamdulillah, adik Sofea.. Kayla sekarang dah nak masuk 3 bulan. Jarak rapat-rapat ni memang mencabar, macam jaga kembar pulak rasanya.. sebab sometimes Sofea jelous jugak dengan adik dia.. dia nak perhatian, so kena pandai tackle dua2 sekali.. Pening jugakla kami laki bini..hahaa

Okiesss... kita sambung lain kali.. insya Allah rezeki tak pernah salah alamat cuma masa je yang menentukan cepat atau lambat..


Thursday 11 May 2017

Anak...anugerah terindah yang dinanti

Assalamualaikum...

Lama tak menulis..hehee.
Sepanjang tahun lalu, sekali je aku post.. tu pun cerita time aku tengah pregnant 6 bulan. Bukan apa.. start dari awal mengandung, mula dengan alahan dan segala macam perasaan dan aku tak boleh nak mengadap komputer lama-lama, 5 minit pun dah sakit mata.. so tu yang tak berjaya nak menaip panjang-panjang tu. Masa pregnant 6 bulan tu time raya kot kalau tak silap dan kami tak balik kampung...beraya je di perantauan..tu yang terhasil jugak 1 entry... lepas tu malas dah nak menulis..hukhukkk...

Alhamdulillah..anak kami Sofea dah berumur 7 bulan 3 minggu. Sihat dan cergas.. Terima Kasih Ya Allah.. Setiap hari kami tak putus ucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas anugerah ini. Baby lahir sebulan lepas anniversary perkahwinan kami yang ke-8..Sampai ke hari ini, rasa macam tak percaya tu masih lagi ada. Sebab aku pernah terfikir sebelum ni, yang mungkin takde rezeki anak untuk kami...setelah segala macam usaha yang kami cuba tak membuahkan hasil.. Jangan pernah berhenti berdoa memohon dari-Nya.

Saya doakan sahabat2 TTC turut dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.. Satu je pesanan sy, bersangka baiklah dengan Allah.. bukan salah kita klu belum pregnant.. Allah cuma nak uji, nak bagi kita kumpul pahala dengan sabar.. Biasala mulut orang lain memang tak bleh tutup..sebab dorang senang dapat anak..kahwin2 terus bunting pelamin.. tak payah supplement.. x payah berurut dsb. Pastu bila dorang terjumpa dengan orang yg masih menanti kehadiran cahaya mata selama bertahun2 ni.. dorang macam pelik.. Ko tak berurut ke? Ko ni bila nak beranak? Ko jangan lambat2, nanti ko dah tua..anak baru darjah satu.. Errr Hello..Hello..awak sapa ye..??. Tolong la jangan ditambah luka di hati mereka yang sedang bersabar menunggu cahaya mata.. mentang2 awak senang nak beranak, jangan buruk sangka dengan orang yang belum dikurniakan anak bleh tak? Haa.. memang tahap kesabaran kita kena tinggi lah nak menghadapi manusia2 yg macam ni.. Bukan semua orang faham..

Tapi ada hikmahnya kita-kita yang tengah menunggu cahaya mata dalam tempoh yg lama ni.. Kita lebih sensitif dengan perasaan orang lain. Klu kita terjumpa dengan orang yang pernah senasib dgn kita, kita akan rasa kesian dan teringat camana susahnya menghadapi situasi 'itu' bertahun-tahun.. Kita akan jd sgt supportive dan cuba memahami situasi dia. Sama juga bila kita belum ada anak, kita takkan rasai sepenuhnya apa yang ibu-ibu lalui.. pengalamannya tak sama masa kita jaga adik-adik bila mak takde kat rumah, tak sama masa kita jaga anak-anak buah..letihnya hanya ibu yang tahu..kecuali mereka ada pembantu rumah.. baru terasa kurang sikit bebanan kerja kan,.,.

Ok awak2 smua.. next time kita cerita lagi.. klu ada sapa2 yang sudi nak share masalah dsb bleh emel dgn sy.. kita share2 pengalaman dan rasa hati..hihiii.. Bye.

Wednesday 29 June 2016

Alhamdulillah...saya hamil semula

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya....Terima kasih Allah.

Hamil semula. Mungkin sudah sampai janji Allah untuk kami. Di kala usia perkahwinan memasuki 7 tahun 5 bulan, Allah beri kami berita gembira. Saat mendapat berita ini, kami 'speechless'..urmmm takut nak gembira sangat, macam-macam perasaan yang datang, semuanya bercampur-baur. Macam-macam yang aku nak kongsikan pengalaman sepanjang tempoh hamil ni.. insya Allah dalam entri-entri seterusnya. 

Berbeza sangat dengan orang yang baru kahwin dan tak lama bunting pelamin dengan orang yang dah lama naik pelamin baru hamil ni. Cuma apa yang aku minta, hormat la perasaan orang yang lambat hamil ni. Kalau kau senang lekat dulu pas kahwin, jangan senang-senang kau tohmah orang yang susah nak dapat anak. Allah kalau nak tarik nikmat, sekejap je tau.. syukurlah dengan rezeki masing-masing. 

Berbeza lagi dengan orang yang mengalami keguguran berulang, rahim lemah dan sebagainya ni. Kalau rahim kau kuat, syukurlah. Tak payah lah kau bagi tau..rahim kau kuat..makan apa pun semua ok, buat kerja lasak-lasak pun tak jadi apa. Simpanlah untuk diri kau.. tapi kalau kau cakap elok-elok takde hal. Kalau bunyinya macam riak tu, aku naik meluat nak share apa yang aku rasa. Sebab tu tak semua orang aku nak bercerita tentang apa yang aku alami saat hamil. Pilih orang juga aku nak bercerita ni..huhuhu.. Kalau kau rasa kau takde alahan, everything went smoothly, bersalin pun senang..Alhamdulillah. Tolong la jangan riak saat kau bercerita, kerana mungkin Allah uji kau di bahagian lain yang orang lain tak tau. Cukuplah dengar masalah orang, jangan kau tambah dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Kalau tak mampu tolong redakan hati orang, cukuplah kau dengar dan diam...kan lebih baik tu... peace..hehee

Tatkala aku menulis entri ni, kandungan aku dah mencecah 6 bulan 10 hari. Aku cuma berdoa agar anak yang aku kandungkan ni sihat walafiat, biar pun dalam bulan puasa ni.. Moga Allah bantu cukupkan keperluan zat dan nutrien anak ibu ni.. Walau pun orang bertanya, boleh ke puasa masa mengandung ni? Serius cakap, aku serahkan sepenuhnhya kepada Allah. Kalau tak mampu, aku buka, kalau kuat aku bertahan dan aku cuma pastikan yang aku bersahur dan makan supplement yang secukupnya sepanjang puasa ni. Harapan aku hanya pada Allah, kerana dia Maha Mengetahui. May Allah ease everything.. Amin.

Sunday 18 October 2015

Urut time period

Assalamualaikum...

Punya lama nak update kisah urut masa period hari tu kan.. Bila aku dah period hari pertama tu, aku contact kakak tu untuk tetapkan tarikh urut .. so dia bagi tarikh. Tarikh yang aku kena pergi tu adalah hari ketiga aku period. Kakak tu cakap, urut waktu period boleh, tapi dari hari ketiga dan ke ataslah. Urut waktu period ni katanya sebab waktu tu rahim tengah lembut, senang nak betulkan kalau ada masalah. Sebab tu kita orang perempuan ni tak boleh angkat berat2 waktu period, rahim senang terkalih atau turun dan sebagainya menyebabkan rasa sakit kat atas ari2 tu kan. Silap la aku selama ni...hohoho.. time period la aku bantai buat kerja2 berat coz nanti time subur dan ke atas aku tak mo dah buat kerja angkat2 barang dan sebagainya. Tapi sebenarnya, kena elaklah angkat berat2 ni cam angkat tong gas, alih perabot rumah dan sebagainya. Bergantung pada rahim juga lah kan.. ada orang rahim lemah, memang kena jaga sangat2lah.. ada orang rahimnya kuat, lompat sana lompat sini, lari sana lari sini pun still ok.. rezeki masing2 lah kan..

Kali pertama urut time period tu, aku berurut lepas adik aku. Adik aku 1st time urut, so lama la. Then giliran aku..lebih kurang sejam je sebab dia kata hari tu dah urut, jadi x banyak masalah sangat lah.. Oh ye, lupa.. dia cakap aku ada keputihan.. keputihan tu tak bagus coz boleh mengganggu benih.. hurmm memang pun ada, tau plak dia. Stress aku pasal keputihan tu, dah cuba macam2 tapi still ada. So dia suggest amalkan jamu surut ayu kalau tak silap aku. Pastu dia pesan suruh bawa 9 helai daun bunga raya dengan air zam zam. Aku tanya untuk apa daun bunga raya, (sebenarnya aku tau juga pasal khasiat daun bunga raya ni, tapi saja tanya untuk kepastian..mana tau ada jawapan lain lagi kan..hehee) So, kakak tu cakap la untuk kesuburan. Time tu jugak aku call kakak aku minta dia carikan daun bunga raya dan belikan air zam zam. Dia minta aku datang esoknya sebab dia nak buat rawatan yang mana dia akan bacakan zikir dan masukkan zikir sambil urut rahim. Esok pagi tu aku datang dan terus berurut lagi. Kakak tu selawat dan zikir sambil urut kat rahim. Lepas urut tu dia suruh aku minum air zam zam tu. Then dia bagi tau malam tadi masa dia buat solat hajat, dia dapat tau masalah aku, apa masalah suami. Dia cerita la.. tapi dia cakap minta maaf kalau apa yg dia cakap tu salah, tapi itu gambaran yang dia dapat malam tadi. Yup, apa yg dia cerita tu betul. Lepas tu dia minta aku sentiasa amalkan zikir ayat ke21 dari surah alkahfi dan ayat ke29 dari surah yassin.

Sebelum balik tu, dia bagi aku daun bunga raya tu dan air zam zam yang aku bagi semalam tu..(daun bunga raya dan air zam zam tu dia dah bacakan ayat2 suci) Dia pesan air zam zam tu kena bagi suami minum sama, jangan aku habiskan sorang2, then daun bunga raya tu blend dengan air zam-zam tu sikit pastu minum. Petang tu aku balik kampung, then malam tu jugak aku blend dan minum airnya..wuhuuuu pekat likat baq ang.. Maka aku pun tunggu la next urut, sebelum aku balik jumpe hubby aku smula..coz kitorang balik kampung masing2.

Hari ke10 dari hari pertama aku period, aku urut kali ke3.. kali ni dia bagi tau yang tarikh ovulasi aku dah dekat, so pandai2 lah..ekekek.. Ok, sebelum tu dia pesan suruh bawa air zam zam 3 ke 4 botol ke. So aku dah minta kakak aku hantar kat dia masa aku balik kg jap haritu.. Hari last tu, aku minta hasben dia urut laki aku juga. Alkisahnya, laki aku ni sangat payah nak berurut..gelilah, sakitlah..hurmmm. Tapi setelah diyakinkan oleh aku, dia berurut dan Alhamdulillah dia suka, dia cakap tak sakit langsung. Kakak tu pesan, bila aku dah balik nanti... cari 3 biji buah delima merah dan amalkan, pastu bila dah habis buah delima tu, amalkan pulak makan anggur hijau dengan suami.. cari anggur hijau yang takde biji. Dia cakap kita berusaha je, selebihnya berserah pada Allah.

Ok, bila dah balik aku pun cuba usahakan apa yang dia pesan tu. Cuma nak cari delima merah yg payah sikit lagi2 klu bukan musim. Ada jumpa.. delimanya kecik warna merah2 kecoklatan dan harga dalam rm4 ke rm5 sebiji.. Ada juga yang rm11 sebiji. Alhamdulillah, semua yang dia pesan..aku dah cuba amalkan. Cuma mungkin bukan rezeki kami suami isteri untuk kali ni, aku dah period balik...so sad..cuma macam kakak tu cakap kita hanya berusaha, selebihnya tawakal. Cuba lagi yunk...hukhuk..


Thursday 1 October 2015

Try to conceive again...

Assalamualaikum...
Dah lama sangat tak update citer kt sini kan.. Sibuk sangat kot..hiihihii..
Alkisahnya....lepas aku buat IUI bulan 6 tahun lepas..aku tak continue dah. Cuma pastu aku rasa nak sambung dengan IVF plak.. Tanya spital yg aku buat IUI tu, dorang bagi tarikh Oktober 2014.. Kos yg perlu disediakan adlh RM8k. Ermmm...tak sempat nak menyimpan.. dlm simpanan baru ada RM5k je. So, postpone dulu sampai cukup bajet.. Sementara nak cukup bajet tu..aku usahakan cara manual..hahahaa.. Try cara semulajadi pulak kot2 melekat kan..  Sepanjang tempoh tu macam-macam aku try selain biodex...antaranya jamu seri pengantin, jamu dara semula, serbuk debunga kurma, jus harum malam, jus qaseh adinda...alahai segala macam yg orang cakap bagus aku cuba.. sampai la satu masa aku rasa macam dah letih nak consume macam-macam..hurmmmm. Di samping tu..aku tak berhenti berurut setiap bulan dan adakalanya berbekam.

Aku ingat nak teruskan IVF hujung tahun 2015 sbb kos dah cukup.. Then bulan 9 baru ni aku balik kampung utk attend kovokesyen aku n hasben. Kakak aku suggest aku berurut kat satu tempat nih.. Dia cakap dia ada berurut kat situ sebelum ni dan ok sangat dia rasa. Kakak aku pun try to conceive gak sbb lepas dia bersalin anak sulung 6 thn lepas. sampai skrg dia masih lagi mencuba. Aku sebenarnya dah malas nak berurut dan ingat nak tetap berurut kt tempat yg aku selalu pergi tu je. Tapi bila org suggest, kita cuba je lah kan.. Habis konvo, esoknya aku pergi ke rumah kakak yang mengurut tu. Aku request pagi dan Alhamdulillah dapat. Biasanya dia tak ambik pagi sbb pagi utk perempuan yg urut lepas bersalin katanya. Tapi rezeki aku haritu coz org yang berurut tu tak jadi datang. 

Sampai saja di rumah kakak tu, aku surprise jg sebab muda lagi orgnya..hehee. Sebab tu la aku panggil kakak je. Mungkin hujung 30an atau awal 40an gitu.. Sampai2 je terus disuruh masuk. Aku suka gitu sbb rasa tak buang masa.. Urut punya urut maka siaplah..almost 2 hr and half juga lah.. Tak pernah lagi aku urut lebih 2 jam..hihihii. Tapi serius tak sakit langsung. Kakak tu cakap aku punya rahim ni dah terlipat gitu disebabkan aku mungkin pernah berurut dengan tukang urut yang tak mahir. So dia pesan jangan bagi orang sebarangan urut rahim coz tempat tu sensitif. Dia urut sambil membaca ayat-ayat suci. Dia pesan jangan angkat berat2..jgn lasak sangat, jgn makan ikan pari, pucuk paku, elakkan kena hujan dn sebagainya. Aku ada bagi tau yg aku pernah gugur 2 kali sebelum ni.. Then, dia cakap dia tau...OMG..hehee. aku pun tanya camne akak tau, dia kata masa dia urut aku tadi dia nampak urat kat peha.. Dia kata bukan 2, tapi aku dah gugur 5 kali, kebanyakannya berusia antara 2 hingga 3 minggu. First time, aku jumpa tukang urut yg tau details masalah kita. Masa urut tu macam2 petua dan ilmu yang dia kongsi ngan aku. Alhamdulillah byk aku rasa aku dapat tahu haritu..

Dah siap tu aku tanya bila lagi aku boleh datang, dia cakap bila aku dah period nanti bagi tau la..dia akan tetapkan CD ke berapa yg aku boleh datang. Then aku pun continue berurut dengan dia masa CD ke3, 4 dan 10. Alhamdulillah dah selesai. Rasa mengantuk pulak, nantilah next entry aku citer..camne rawatan yg aku dah terima sepanjang 3 kali aku berurut waktu period tu.

Ok.. selamat malam :-)

Wednesday 2 July 2014

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...
Hari ni dah masuk hari ke-5 Ramadhan.. cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah..aku mula puasa pada hari ke-3 Ramadhan. Kali ni peod x lama sangat macam tahun lepas. Hari ni untuk kali pertama bulan puasa tahun ni, kami tak terjaga sahur...huk3 :-( kering tekak harini.. jadi x mo cakap banyak lah..ngeh3~

Semalam aku pergi sebuah PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) bagi menyiapkan esaimen aku berkaitan kanak-kanak cerebral palsy. Tak sangka pulak budak down syndrom ada juga semalam, ingatkan kelas cerebral palsy je.. Kesian kawan aku tak ikut pasal aku cakap budak down syndrome punya kelas isnin n selasa je..huhu..haru2. Ingatkan hari ni nak pergi lagi, tapi macam tak sempat la pulak..

Ada sorang budak D.S umur 8 tahun++, comey..asyik jeling je apa aku buat..hahaa..siyes comelll.. Ada beberapa orang budak C.P yang datang, yang lain tak datang mungkin sebab hujan lebat semalam kot.. Salah sorang yang aku ambil sebagai responden kajian aku, budak perempuan umur 9 tahun. Nama dia Leia. Asyik senyum je. Kesian dia, tuala tak lekang kat leher pasal air liur dia asyik meleleh je. C.P dia kategori ringan la, sebelah badan je yang lemah. Tapi dia masih boleh berdiri dan berjalan.

Ada C.P yang teruk..satu badan lumpuh. Duduk atas kerusi khas yang diubahsuai untuk dia sebab tulang punggung dia dah terkeluar.. Tapi umur dia dah 14 tahun. Menurut kisahnya, budak ni lambat dihantar ke PDK. Dah besar baru dihantar. Kalau sape2 nak hantar anak C.P kat PDK, hantar la seawal  mungkin ye sebaik mengetahui masalah anak tu ye. Kalau masih kecil senang nak bantu dia sebab otot-otot, motor halus dan motor kasar dia masih lembut dan boleh dilatih. Kalau dah besar, ambik masa yang lama untuk buat terapi kat dia.

Mungkin minggu depan aku datang lagi sana. Rasa macam nak bawak sesuatu tapi tak tau lagi nak bagi apa kat diorang. Tak sabar nak jumpa Leia, Tijah, Brian dan yang lain-lain. Harap aku dapat siapkan tugasan ni sehabis baiklah. Kalo tak, tak berbaloi la aku dok minta pelepasan dari bos ni..heee

Friday 27 June 2014

Kegagalan Bukan Penamat..

Assalamualaikum...
Dengan izin Allah..sekiranya dia tidak mengizinkan, maka tidakkan terjadi sesuatu itu.. Pasrah, berserah, redha...Ya..aku akui, bukan mudah untuk menerima, tapi aku sudah bersedia dengan perasaan itu.. teringin benar untuk aku khabarkan pada semua yang bertanya selama ini..bahawa ada berita gembira dari Allah pada awal Ramadhan ini.. Namun, aku bukanlah sesiapa.. hanya hamba-Nya yang tunduk akur pada segala perintah-Nya.. Tiada kuasa dan upaya aku, untuk berbuat demikian.

Biar pun kegagalan bukanlah penamat kepada usaha aku, namun akan aku terus berusaha supaya Allah kabulkan permintaan kami untuk menjadi ayah dan ibu.. 5 tahun yang hampir menuju ke angka 6 bukanlah suatu jangka masa yang singkat.. namun detik masa sentiasa mencemburui dan tidak pernah menunggu.. Setiap kali aku berlari untuk mempercepatkan langkah, setiap itu juga masa mendahului aku.. dan aku sentiasa bersaing dengan masa, tahun demi tahun.. Siapa yang tahu? Mereka hanya pandai bertanya, mereka hanya pandai menyindir, mereka hanya pandai membuat telahan.. namun, yang menanggung adalah aku dan dia.. Mereka perlu tahu, bahawa kami manusia...bukan kami yang mencipta. Semakin kuat ujian ini, semakin tebal juga telinga kami..cukuplah, tolong jangan bertanya...'unexplained infertility'..hanya itu yang dapat pakar simpulkan..

Bukan aku tidak pernah hamil...Cuma kehamilan aku tidak pernah cukup bulannya..biar pun hadirnya seketika, namun cukup untuk buat aku merasa indahnya dunia.. Tahun ini, aku rasa cukup lemah, aku tiada kekuatan untuk pulang ke kampung halaman...apatah lagi untuk beraya dengan keluarga.. Bukan aku tak mahu melawat anak-anak buah yang baru, tapi di manakah harus aku sembunyikan kesedihan dalam hati? Orang akan bertanya perkara yang sama, bila lagi? bila lagi? bila lagi? hanya satu saja jawapan yang saban tahun aku jawab..Doakanlah kami (disertai dengan senyuman). Cukup. Aku tak rasa aku perlu jawab lebih dari itu.. Hati aku juga perlu dijaga, bukan hanya hati mereka. Kalau mereka ada hati, mereka takkan tanya lebih dari itu, kan... Jadi, kesimpulannya IUI aku untuk yang ke-3 kali ini juga adalah gagal..dan aku harus terima bahawa adakalanya realiti itu menyakitkan dan membina harapan dari angan-angan itu adalah lebih indah dan mudah..
Sekian,
Coretan dari Kesunyian yang Mendalam...