Wednesday, 2 July 2014

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...
Hari ni dah masuk hari ke-5 Ramadhan.. cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah..aku mula puasa pada hari ke-3 Ramadhan. Kali ni peod x lama sangat macam tahun lepas. Hari ni untuk kali pertama bulan puasa tahun ni, kami tak terjaga sahur...huk3 :-( kering tekak harini.. jadi x mo cakap banyak lah..ngeh3~

Semalam aku pergi sebuah PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) bagi menyiapkan esaimen aku berkaitan kanak-kanak cerebral palsy. Tak sangka pulak budak down syndrom ada juga semalam, ingatkan kelas cerebral palsy je.. Kesian kawan aku tak ikut pasal aku cakap budak down syndrome punya kelas isnin n selasa je..huhu..haru2. Ingatkan hari ni nak pergi lagi, tapi macam tak sempat la pulak..

Ada sorang budak D.S umur 8 tahun++, comey..asyik jeling je apa aku buat..hahaa..siyes comelll.. Ada beberapa orang budak C.P yang datang, yang lain tak datang mungkin sebab hujan lebat semalam kot.. Salah sorang yang aku ambil sebagai responden kajian aku, budak perempuan umur 9 tahun. Nama dia Leia. Asyik senyum je. Kesian dia, tuala tak lekang kat leher pasal air liur dia asyik meleleh je. C.P dia kategori ringan la, sebelah badan je yang lemah. Tapi dia masih boleh berdiri dan berjalan.

Ada C.P yang teruk..satu badan lumpuh. Duduk atas kerusi khas yang diubahsuai untuk dia sebab tulang punggung dia dah terkeluar.. Tapi umur dia dah 14 tahun. Menurut kisahnya, budak ni lambat dihantar ke PDK. Dah besar baru dihantar. Kalau sape2 nak hantar anak C.P kat PDK, hantar la seawal  mungkin ye sebaik mengetahui masalah anak tu ye. Kalau masih kecil senang nak bantu dia sebab otot-otot, motor halus dan motor kasar dia masih lembut dan boleh dilatih. Kalau dah besar, ambik masa yang lama untuk buat terapi kat dia.

Mungkin minggu depan aku datang lagi sana. Rasa macam nak bawak sesuatu tapi tak tau lagi nak bagi apa kat diorang. Tak sabar nak jumpa Leia, Tijah, Brian dan yang lain-lain. Harap aku dapat siapkan tugasan ni sehabis baiklah. Kalo tak, tak berbaloi la aku dok minta pelepasan dari bos ni..heee

Friday, 27 June 2014

Kegagalan Bukan Penamat..

Assalamualaikum...
Dengan izin Allah..sekiranya dia tidak mengizinkan, maka tidakkan terjadi sesuatu itu.. Pasrah, berserah, redha...Ya..aku akui, bukan mudah untuk menerima, tapi aku sudah bersedia dengan perasaan itu.. teringin benar untuk aku khabarkan pada semua yang bertanya selama ini..bahawa ada berita gembira dari Allah pada awal Ramadhan ini.. Namun, aku bukanlah sesiapa.. hanya hamba-Nya yang tunduk akur pada segala perintah-Nya.. Tiada kuasa dan upaya aku, untuk berbuat demikian.

Biar pun kegagalan bukanlah penamat kepada usaha aku, namun akan aku terus berusaha supaya Allah kabulkan permintaan kami untuk menjadi ayah dan ibu.. 5 tahun yang hampir menuju ke angka 6 bukanlah suatu jangka masa yang singkat.. namun detik masa sentiasa mencemburui dan tidak pernah menunggu.. Setiap kali aku berlari untuk mempercepatkan langkah, setiap itu juga masa mendahului aku.. dan aku sentiasa bersaing dengan masa, tahun demi tahun.. Siapa yang tahu? Mereka hanya pandai bertanya, mereka hanya pandai menyindir, mereka hanya pandai membuat telahan.. namun, yang menanggung adalah aku dan dia.. Mereka perlu tahu, bahawa kami manusia...bukan kami yang mencipta. Semakin kuat ujian ini, semakin tebal juga telinga kami..cukuplah, tolong jangan bertanya...'unexplained infertility'..hanya itu yang dapat pakar simpulkan..

Bukan aku tidak pernah hamil...Cuma kehamilan aku tidak pernah cukup bulannya..biar pun hadirnya seketika, namun cukup untuk buat aku merasa indahnya dunia.. Tahun ini, aku rasa cukup lemah, aku tiada kekuatan untuk pulang ke kampung halaman...apatah lagi untuk beraya dengan keluarga.. Bukan aku tak mahu melawat anak-anak buah yang baru, tapi di manakah harus aku sembunyikan kesedihan dalam hati? Orang akan bertanya perkara yang sama, bila lagi? bila lagi? bila lagi? hanya satu saja jawapan yang saban tahun aku jawab..Doakanlah kami (disertai dengan senyuman). Cukup. Aku tak rasa aku perlu jawab lebih dari itu.. Hati aku juga perlu dijaga, bukan hanya hati mereka. Kalau mereka ada hati, mereka takkan tanya lebih dari itu, kan... Jadi, kesimpulannya IUI aku untuk yang ke-3 kali ini juga adalah gagal..dan aku harus terima bahawa adakalanya realiti itu menyakitkan dan membina harapan dari angan-angan itu adalah lebih indah dan mudah..
Sekian,
Coretan dari Kesunyian yang Mendalam...

Wednesday, 25 June 2014

Hari yang suram...

Assalamualaikum..
Harini aku ambik m.c. Memula pikir memang x nak amek, tapi malam tadi makin kuat pulak rasa asma ni. So aku decide yg aku memang perlukan rehat, tak guna gi kerja kalau badan pun tak mampu nak bawak kan..huhu.. pepagi lagi aku dah cek, memang bersih takde pape kat pantyliner.. hari ni CD 31. Lepas solat subuh, aku iron baju keje husband aku, pastu buat sarapan, n sidai kain. Husband tanya, sempat ke ni?..sebab dia tengok aku macam tak bersiap je nak gi keje. Tu aku bg tau dia, aku nak m.c harini. Nanti jam 9am dia amek aku kat umah bawak gi klinik. Memula gi klinik gomen je, tapi ramai giler orang. Tengok nombor giliran aku lambat lagi..lebih kurang 40 orang..tu untuk mendaftar je, tunggu no giliran untuk jumpa doktor plak tak tau la kul bape. Last2 aku ajak husband aku gi klinik swasta je sebab rase makin sakit plak tunggu lelame.

Macam2 ubat, doktor bagi, ubat asma, demam, tahan sakit, selsema, allergy, sakit tekak/cairkan kahak dan antibiotik.. Sempat gak la sembang2 ngan doc tu, rupanye istri dia pun tengah proceed iui skarang..dorang dah 3 tahun kawin tapi belum ada rezki juga.. Oklah, lepas tu aku tunggu ubat n surat m.c.. Aku budget dalam rm50 je kot. Tak sangka plak kena sampai rm80...pergghhhhh, tu la gatal sangat nak gi klinik swasta...hahaa, redha je la kan..janji kita berusaha untuk berubat.

Tak semua ubat aku makan sebab risau gak, memandangkan yg aku belum period lagi nih. Hari ni banyak tido je la.. esaimen aku ke laut la jawabnye..huhuu. Sekali petang tadi, masa nak solat asar, ada sikit cairan coklat kat panties..hurmmm, apekah? mungkin period, sebab aku rasa takkan implantation bleeding kot, lewat sangat dah, hari ke 16 lepas iui tu. So, aku tunggu, kalau besok banyak kluar, maksudnya aku period la tu. Bila period kompem la, bukan rezki kami lagi untuk kali ni.. memandangkan puasa pun tinggal lebih kurang 4 hari lagi, so kalau betul ini period, maknanya aku akan proceed ivf lepas raya la.. berehat dulu la bulan pose ni.. Tapi bak kata aku sebelum ni, aku tak nak berharap, jadi aku tak perlu kecewa sangat. Husband aku pun tak pernah tanya, camane keputusan lepas rawatan ke apa ke, so smua perasaan dan emosi aku takde yang tau, cuma aku banyak kongsi dengan close friend aku je..dorang je yg betul2 take care perkembangan aku, slalu tanya camna keadaan aku, nasihat aku jangan buat itu dan ini. Husband aku dia tak kisah, siap suruh aku berlari lagi..hohoho. Biasa la, org laki ni dia tak stress macam org pompuan, jadi dia takkan rasa sama macam kita rasa.. kita ni macam-macam nak kena jaga lepas rawatan.

Esok, keje la cam biase. Husband aku dah cakap nak ajak tengok wayang, citer transformers yang terbaru..heeehuu..best2. Dapat la aku lupekan sementara perkara2 yg menyerabutkan fikiran..heee

Tuesday, 24 June 2014

Ujian kehamilan selepas IUI

Assalamualaikum...
Semalam dan harini adalah hari yg meletihkan...buat persiapan untuk hari sukan, latihan sukan dan kejohanan sukan...tak de alasan nak mengelak dari buat kerja...huhu.. tapi aku cuba elakkan aktiviti berat atau lasak seboleh mungkin, terutama aktiviti lari 100m, lari 400m dan sebagainya..gile aku nak buat, tengah tunggu keputusan upt ni...risiko tu.. Semuanya kena tapis dulu. 2 hari ni, mcam keputihan n kegatalan kat miss 'v' macam melampau-lampau plak..uisshhh, x tau nak buat ape lagi. last2 pagi ni aku telan juga alfalfa shaklee, ada kurang sikit la..

Oh ye, hari ni adalah CD30 aku.. semalam aku wat urine test, but still -ve.. Owhhh, sedey. Memandangkan last period aku 26th may hari tu, so aku cuba untuk tunggu sehingga hari jumaat ni..iaitu CD33. Rabu, khamis, jumaat..lagi 3 hari.. harap2 tak period la..tapi tak nak terlalu berharap, cuba buat perkara-perkara yg membuatkan aku lupa untuk menghitung hari...hehee..

Beberapa hari lepas, aku rasa breast sakit, pinggang lenguh sesangat, kadang2 rasa berdenyut dalam perut.. sembelit 2, 3 hari ni...payah betul nak buang air besar, tapi tak kerap juga buang air kecil..kecuali kalau minum banyak air la.. tekak pulak asyik kering.. perut kembung macam masuk angin keluar asap je...ngeh~3.. kepala pening2, kebas kaki kadang2...hurmmm.. apakah yg berlaku sebenarnya???

Makan minggu kedua ni, kurang terjaga sikit..tapi aku cuba banyakkan minum air putih.. Makan malam aku cuba elakkan, kecuali kalau lapar sangat2.. biasanya aku makan buah je atau minum supreme diet. Ubat duphaston yg doktor bagi tu dah habis, sebab dah cukup 2 minggu kan..jadi takde apa la aku nak telan dah. Susu kambing aku minum hari2, madu je aku dah stop.

Dalam 3 hari ni macam2 boleh jadi, apa pun keputusan UPT aku lepas 26 jun ni aku cuba terima. Andai kata aku gagal untuk kali ni, aku nekad nak try IVF plak.. Harap aku kuat untuk bertahan dengan apa juga yg Allah dah tetapkan untuk aku. Sabar3..Puasa pun dah tak lama lagi, moga Ramadhan akan datang ni membawa khabar gembira untuk kami...amin Ya Allah..

Saturday, 21 June 2014

Outstation vs Kursus

Assalamualaikum..
Hari ni dah 2 hari aku balik dari kursus kat Kuching bersama husband tercinta dan sorang lagi rakan sekerja. Kursus kat sana 3 hari je... mulanya aku ganti kawan, sebab kawan sorang ni dah pindah awal tahun hari tu...tapi mungkin nama dia masih lagi dalam senarai jabatan ke aku pun tak pasti la. Nama aku pun dicadangkan untuk mengganti kawan yg dah pindah tu.. Sape yg cadangkan?...huhu..laki aku rupenya...hihihiii.. aku pun 'on' je lah.. Masa pejabat call tu kitorang tengah bercuti dgn kawan2. So next week bila aku balik, barulah baca surat kursus.. Sekali dia mintak bawa pakaian sukan, kasut sukan n tracksuit daa...alamak, camana nih.. Tiket dah booking. Tak leh nak kata tak la, memang aku kena nanti...huhu

So aku pun terbang hari selasa 17 Jun dan petang tu sampai kat sana.. Malam tu bermula lah slot pertama & esoknya bersambung lagi hingga petang. Mujurlah hari kedua tu, dorang bawa slot malam ke petang, so boleh la jalan-jalan kat bandar kenangan aku tu..iye la, dulu kan aku pernah kerja kat kuching selama beberapa tahun, teringat balik kenangan-kenangan masa zaman dulu...hehe.. Memandangkan ada sedikit ruang masa petang tu, aku pun bawak la 2 orang kawan yg aku baru kenal kat sana jalan-jalan kat luar hotel.. husband aku x mau ikut, dia nak rehat je kat hotel.. Jadi aku tinggalkan la dia tido kt bilik. Aku pun ingat-ingat lupa gak jalan. Keluar dari hotel terus kami jalan kat waterfront sambil menghirup udara petang...amboiii, cam orang bujang plak kan..hehee. Dah puas jalan kat waterfront, aku bawak dorang naik bot ke seberang untuk beli kek lapis. Bayar 50 sen kat pak cik tu, dia pun bawak kitorang sampai kat seberang.. Tu diaaa..punya banyak choice kek...excited2, aku paling suke kek lapis india..marbeles tau rase dia.. Keluar dari kedai kek lapis tu, aku beli terus ikan terubok yg dijual oleh brader kat luar tu, sebab nak pegi Satok dah lewat pulak. Sebenarnya kat sana yang banyak pilihan ikan terubok.. tapi nak wat macamana takde rezki nak merewang sangat..huhu..

Sebenarnya risau gak aku nak jalan-jalan sangat ni, tapi memang ada rasa sakit sikit la kat 'womb'..rasa macam ditekan-tekan je...aduyaiii..aku gagahkan juga la jalan perlahan-lahan. Kami jalan satu jam suku je, pastu balik hotel..dekat je, so memang save time lah. Sampai hotel 6.40pm. Pastu turun balik untuk makan malam pukul 7.30.. So lepas makan aku iron baju n tengok tv, patu terus tido. Tak sabar nak balik esoknya..

Keesokannya selepas selesai aku present bahagian aku, terus aku, husband n kawan aku sorang lagi mintak diri nak balik sebab takut jalan jam. Malasnye nak naik flight...tercongok je kat situ...lagi pulak kena naik mas wings...kami semua lain2 seat sebab lambat check in, so tak bleh nak pilih dah seat semua dah penuh...huhu.. dari kuching, kami kena transit kat bintulu dulu 20 minit dan barula sambung balik perjalanan.

Sampai rumah dah dekat pukul 6.30 petang...letihnyaaaa.. memang rasa nak tido sangat2 sebab esoknya kerja.. hari jumaat 20 jun, kami bertugas macam biasa..so aku pun bagi la souvenir kat kawan-kawan yg ada. Sabtu, hari ni pun kerja...hohooo..letih. nak wat esaimen lagi, buku program lagi..aduiii, srabut mak taw.. hurmmm, petang ni aku rasa cam sakit kat sebelah kanan setiap selang 2 minit macam tu..nape eh, adakah aku kurang rehat? atau banyak berjalan?.. hari ni adalah CD27.. So aku menanti sampai hari selasa la untuk buat upt lagi. Last week aku buat, tapi -ve. Itu lepas seminggu iui..minggu depan cukup 2 minggu baru aku test lagi..doakan untuk aku ye, smoga Allah kabulkan doa kami kali ni..

Friday, 13 June 2014

IUI kali ke-3

Aku start peod pd 26th may...hari ke24.. awal skit dari slalu. Esoknya aku kol spital bg tau yg aku dh peod & nak proceed iui utk kali yg ke-3.. Nurse cakap datang 3 jun nnti.. Aku kira mase tu adlh hari yg ke-9 after peod. Urmm..pesan nurse, makan chlomid ye dr hari ke2 sampai hr ke6 peod. Aku makan 2 hari je..sebab mengingatkan kesan2 yg aku alami akibat 2 kali makan chlomid sebelum ni. 1st aku makan, n x jadi wat iui bulan feb hari tu..then selang sebulan aku try balik.. kesannya aku amat sakit pada hr ke15 lepas peod. 1 st bln feb haritu, aku cancel wat iui sbb family mertua aku dtg mgejut nak jalan2 kat tmpt kitorg.. jadi xkan lepas iui aku nak travel sana sini kan..aku kompem memg xkan dapat rehat yg secukupnya sbb tulah aku batalkan awal2..nurse pun kta ok jer.. Pada hr ke15 after peod tu aku rase sakit yg amat sngt kat bawah perut, tp aku tau itu bukan bawah perut..mybe dlm womb.. gerak sikit pun sakit. So aku terus gi spital kjaan n keputusannya doc pun x pasti ape sbnrnya yg berlaku kat aku..dia kata mgkin pregnant, mungkin jangkitan kuman dan mungkin ape penyakit ntah dia sebut..itu pun selepas 2 kali dia scan perut aku, amek darah n amek urine test.. kali ke2 aku amek chlomid pun sakit cuma x steruk yg pertama.. kesan lain yg aku prasan lepas amek chlomid ialah..hormon aku tunggang terbalik skejap..kulit kepala aku asyik gatal, keputihan yg melampau asyik nak tergaru2 jer (sblm ni x penah), peod jadi lewat seminggu..untuk kali ni aku serik nak amek chlomid dah.. Satu konklusi yg aku dapat ialah..bila kita makan chlomid mestilah dgn pantauan doc..maknanya bila aku makan chlomid, aku kena amek suntikan untuk pecahkan telur..tp itu x berlaku n aku rase telur jd terlalu besar n pecah sndiri kt dalam..itu yg membuatkan aku sakit sangat (maybe la)..

Pastu kena suh tggu smpai 7 jun & wat suntikan pregnyl 10,000.. Disebabkan aku x reti nak campur ubat2 tu n suntik sendiri maka aku terpaksa la gi spital malam tu minta disuntikkan..lenkali kena blajar sendiri nih...huhuhu.. So pada 9 jun aku berjaya menyudahkan iui aku.. tapi bg aku memg klu kt spital dia x se'details' swasta kot. aku x taw brapa besar telur aku, brapa telur yg matang...aku cuma dengar doc bg tau nurse telur aku sz 14, satu lg x pasti.. pastu masa buat iui mcm ada masalah plak, bila doc x jumpe telur yg nak disenyawakan, x jumpe jalan ke aku pun x pasti..sbb x slesa rasenya nak brtanya sambil 'bwh' kite tgh dirodok2kan. semuanya berakhir lebih kurang 15 minit.. sbelum2 ni lebih kurang 5 minit lebih2 skit jer kalo x silap aku.. tapi doc kali ni bagi aku duphaston n progynova utk dimakan selepas rawatan ni.. ermm pelik gak, yg sbelum ni x penah bg ubat pape pun..tp aku pasti ini ubat utk kuatkan rahim.. 2 kali iui sebelum ni doc tak suruh makan chlomid..dia cuma bagi duphaston utk makan hr ke2 hingga hr ke6..

So, aku leh tggu resultnyer 2 minggu dari skrg..maknanya pd 24 jun ni aku dah bleh cek upt kalo aku x peod lagi masa tu.. ada satu gangguan plak..huhu..next week aku kena gi kuching 3 hari atas urusan kerja... harap semuanya brjalan dgn baik la..klu ikut aku memang nak rest jer kat umah..insyaAllah..pape nanti aku update.. Aku xmau terlalu berharap, tapi aku xpenah putus berdoa moga ada berita baik utk kami..amin Ya Allah..

Monday, 14 April 2014

Semangat untuk TTC balik..

CD14..
Setelah berbulan2 mengharungi ujian-ujian dan halangan, insyaAllah bulan ni aku sambung balik usaha seteguh batu untuk mencapai impian bergelar seorang 'ibu'. Dari bulan 11, 12,1,2,3..terpaksa aku abaikan segala usaha kerana banyak urusan yg perlu diselesaikan..bermula dgn pindah rumah bulan 11, kemudian balik kg dan exam akhir sem bulan12..adik kawin, bulan 1 kemas bilik-bilik under lib..byk angkat berat, letih badan, terpaksa aku upah org luar untuk bantu aku kerja-kerja mengangkat dan mengemas ni..bukan sikit tempat nak kemas hokeeyy..rumah baru je ada 3 bilik, kat tempat kerja lagi ada 4 bilik nak diselia, dikemas, diatur, susun perabot dsb.. bulan 2 keluarga kakak n kawan datang bercuti..jadi kerja aku berjalan je tanpa henti...huhu..bulan 2 jg family mertua aku datang tanpa disangka-sangka, so kelam kabut jg nak wat program utk dorg.. sepatutnya aku appoinment utk wat IUI kali ke3 dah tu, nurse dah pesan makan chlomid untuk day2-5 peod. habis jer peod, masuk hari ke6 itulah kuarga mertua aku nak datang..hampir seminggu jg lah..aku dgn berat hatinya terpaksa cancel ngn hosp utk wat IUI. sebab klu lepas wat IUI, we need time to rest, klu dah byk brjalan baik aku cancelkan awal2 ye dak.. itulah alkisahnyee..
   Tapi aku ada kemusykilan kat situ..disebabkan aku ada makan chlomid, peod aku tiba2 lari timing wooo..biasanya 26-27 hari je..tapi bln tu 32 hari..adakah??? stelah mengetest UPT 3 jenis, d answer is negatif -. sedeynyerrr.. takpelah, aku pun bawak rasa keciwa tu kuar dgn kawan2...shopping konon..huhu. punyelah penat..8 jam kami berjalan haritu...balik umah aku tengok dah kuar peod. Mm...redha je laa..tapi ada kemusykilan jg di mana, ada satu ktulan darah dgn tisu yg seakan2 daging, aku pasti itu bukan darah sbb warna dia putih...apakah???Abaikanlah apa aku rasa tu..hanya Allah yg tau..
  Dan di sepi ini...aku terus mencari sinar mengharapkan keajaiban akan berlaku dgn sendirinya..huhu. Bulan ni aku makan lg chlomid, n teruskan dgn beberapa supplement lagi..dan tggu resultnya hujung bulan ni. klu takdak gak, aku teruskan dgn IUI kali ke3 utk bulan may nanti..sebab bulan tu je la yg panjang skit cutinye.. nak rehat pun masa itulah.. 
   Hari tu..maaf ckp lah..after BD, aku tidur n bmimpi aku bersalin. hari sebelum tu, aku terima berita yg biras aku dah slamat bersalin baby ke2..x taulah sama ada aku terbawa2 atau sgala macam prasaan yg bercampur aduk mgkin menyebabkan terjadinya mimpi sebegitu.. Dalam mimpi aku, aku tertanya-tanya jg, bila masa aku preggy..rupanya aku x sedar aku preggy n perut aku x besar mana..tau2 dah nak bersalin...huhu bolee gitu..seronoknye aku dlm mimpi tu kemahennn lagi..terus aku cakap ngan hubby yg kami boleh la balik beraya thn ni..lepas aku bersalin, aku tinggal bby camtu je kat katil sbb x tau nak wat ape..kmdn bila aku balik smula, tgok bby bawah bantal..mujur masih hidup lagi..aku terus mintak kakak2 aku susukan, smua xnak, last2 aku susukan sendiri... bila bangun aku rasa mcm takut pun ada..sbb ustaz sharhan cakap kemungkinan klu bermimpi pangku budak, dukung n bagi susu adalah tanda2 kita kena santau atau sihir..wallahu'alam.. aku istighfar byk2.. smga dijauhkan dari sgala perkara yg tidak baik.. smoga ada sinar baru utk aku bulan ni..amin Ya Allah