Assalamualaikum...
Allahuakbar.. lama sungguh tak hapdet story ttc kat sini..
Sesungguhnya Allah datangkan rezeki anak itu bersama-sama dengan ujian. Anugerah itu Allah nak kita jaga elok-elok, tu pasal Allah nak bagi kita betul-betul bersedia.. Allah tahu bila masa yang sesuai untuk kita. Penantian hingga 8 tahun bukan lama dan bukan juga sekejap.. rezeki saya dapat anak waktu umur dah 30-an. Bila ada anak waktu umo macam ni mungkin buat kita lebih matang dan lebih memahami situasi orang lain yang punya anak, betapa sibuknya dunia mereka apatahlagi kalau anak sakit dan sebagainya.. haru..huhuhuu
After giving birth Sofea, saya tak ambik apa-apa perancang pun.. masa doc tanya alasan saya kenapa tak nak ambik perancang.. saya cuma bagitau yg saya ni susah nak pregnant.. klu saya ambik perancang saya tak tau berapa tahun lagi saya perlu tunggu for the next baby.. tapi doc dah ingatkan after 2 years baru saya boleh mengandung balik coz saya lahirkan Sofea secara c-zer. Why c-zer.. coz it was precious pregnancy.. sama kes macam dato siti la.. doc akan suggest c-zer bagi yg lama ttc ni untuk kurangkan risiko semasa bersalin, so kita ikutlah saranan doc. Alhamdulillah semuanya selamat, luka opret pun cepat baik cuma kena jaga betul-betullah..
Masa Sofea 6 bulan, dia dh stop susu badan. Tak tau kenapa dia tolak and mengamuk bila nak breastfeed, masa tu pun susu badan dah drop sikit.. Rupanya masa tu Allah hadirkan janin baru untuk temankan Sofea.. I'm shocked.. cepatnya.. memang tak sangka. Masa preggy 2 bulan, dapat pulak berita yang kami dapat pindah ke Terengganu. Allahuakbar, double bonus. Cumanya, time tu dengan awal2 preggy then nak kena kemaskan barang untuk pindah dengan Sofea lagi yang masih merangkak2 agak mencabar jugaklah apatahlagi time tu bulan puasa.. fuhhhh mengucap mak nakkkk..
Alhamdulillah, adik Sofea.. Kayla sekarang dah nak masuk 3 bulan. Jarak rapat-rapat ni memang mencabar, macam jaga kembar pulak rasanya.. sebab sometimes Sofea jelous jugak dengan adik dia.. dia nak perhatian, so kena pandai tackle dua2 sekali.. Pening jugakla kami laki bini..hahaa
Okiesss... kita sambung lain kali.. insya Allah rezeki tak pernah salah alamat cuma masa je yang menentukan cepat atau lambat..