Wednesday, 29 June 2016

Alhamdulillah...saya hamil semula

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya....Terima kasih Allah.

Hamil semula. Mungkin sudah sampai janji Allah untuk kami. Di kala usia perkahwinan memasuki 7 tahun 5 bulan, Allah beri kami berita gembira. Saat mendapat berita ini, kami 'speechless'..urmmm takut nak gembira sangat, macam-macam perasaan yang datang, semuanya bercampur-baur. Macam-macam yang aku nak kongsikan pengalaman sepanjang tempoh hamil ni.. insya Allah dalam entri-entri seterusnya. 

Berbeza sangat dengan orang yang baru kahwin dan tak lama bunting pelamin dengan orang yang dah lama naik pelamin baru hamil ni. Cuma apa yang aku minta, hormat la perasaan orang yang lambat hamil ni. Kalau kau senang lekat dulu pas kahwin, jangan senang-senang kau tohmah orang yang susah nak dapat anak. Allah kalau nak tarik nikmat, sekejap je tau.. syukurlah dengan rezeki masing-masing. 

Berbeza lagi dengan orang yang mengalami keguguran berulang, rahim lemah dan sebagainya ni. Kalau rahim kau kuat, syukurlah. Tak payah lah kau bagi tau..rahim kau kuat..makan apa pun semua ok, buat kerja lasak-lasak pun tak jadi apa. Simpanlah untuk diri kau.. tapi kalau kau cakap elok-elok takde hal. Kalau bunyinya macam riak tu, aku naik meluat nak share apa yang aku rasa. Sebab tu tak semua orang aku nak bercerita tentang apa yang aku alami saat hamil. Pilih orang juga aku nak bercerita ni..huhuhu.. Kalau kau rasa kau takde alahan, everything went smoothly, bersalin pun senang..Alhamdulillah. Tolong la jangan riak saat kau bercerita, kerana mungkin Allah uji kau di bahagian lain yang orang lain tak tau. Cukuplah dengar masalah orang, jangan kau tambah dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Kalau tak mampu tolong redakan hati orang, cukuplah kau dengar dan diam...kan lebih baik tu... peace..hehee

Tatkala aku menulis entri ni, kandungan aku dah mencecah 6 bulan 10 hari. Aku cuma berdoa agar anak yang aku kandungkan ni sihat walafiat, biar pun dalam bulan puasa ni.. Moga Allah bantu cukupkan keperluan zat dan nutrien anak ibu ni.. Walau pun orang bertanya, boleh ke puasa masa mengandung ni? Serius cakap, aku serahkan sepenuhnhya kepada Allah. Kalau tak mampu, aku buka, kalau kuat aku bertahan dan aku cuma pastikan yang aku bersahur dan makan supplement yang secukupnya sepanjang puasa ni. Harapan aku hanya pada Allah, kerana dia Maha Mengetahui. May Allah ease everything.. Amin.