Wednesday, 2 July 2014

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...
Hari ni dah masuk hari ke-5 Ramadhan.. cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah..aku mula puasa pada hari ke-3 Ramadhan. Kali ni peod x lama sangat macam tahun lepas. Hari ni untuk kali pertama bulan puasa tahun ni, kami tak terjaga sahur...huk3 :-( kering tekak harini.. jadi x mo cakap banyak lah..ngeh3~

Semalam aku pergi sebuah PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) bagi menyiapkan esaimen aku berkaitan kanak-kanak cerebral palsy. Tak sangka pulak budak down syndrom ada juga semalam, ingatkan kelas cerebral palsy je.. Kesian kawan aku tak ikut pasal aku cakap budak down syndrome punya kelas isnin n selasa je..huhu..haru2. Ingatkan hari ni nak pergi lagi, tapi macam tak sempat la pulak..

Ada sorang budak D.S umur 8 tahun++, comey..asyik jeling je apa aku buat..hahaa..siyes comelll.. Ada beberapa orang budak C.P yang datang, yang lain tak datang mungkin sebab hujan lebat semalam kot.. Salah sorang yang aku ambil sebagai responden kajian aku, budak perempuan umur 9 tahun. Nama dia Leia. Asyik senyum je. Kesian dia, tuala tak lekang kat leher pasal air liur dia asyik meleleh je. C.P dia kategori ringan la, sebelah badan je yang lemah. Tapi dia masih boleh berdiri dan berjalan.

Ada C.P yang teruk..satu badan lumpuh. Duduk atas kerusi khas yang diubahsuai untuk dia sebab tulang punggung dia dah terkeluar.. Tapi umur dia dah 14 tahun. Menurut kisahnya, budak ni lambat dihantar ke PDK. Dah besar baru dihantar. Kalau sape2 nak hantar anak C.P kat PDK, hantar la seawal  mungkin ye sebaik mengetahui masalah anak tu ye. Kalau masih kecil senang nak bantu dia sebab otot-otot, motor halus dan motor kasar dia masih lembut dan boleh dilatih. Kalau dah besar, ambik masa yang lama untuk buat terapi kat dia.

Mungkin minggu depan aku datang lagi sana. Rasa macam nak bawak sesuatu tapi tak tau lagi nak bagi apa kat diorang. Tak sabar nak jumpa Leia, Tijah, Brian dan yang lain-lain. Harap aku dapat siapkan tugasan ni sehabis baiklah. Kalo tak, tak berbaloi la aku dok minta pelepasan dari bos ni..heee